Sepatah Kata



SEPATAH KATA
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH PENAMPANG

Asalamualaikum, salam sejahtera dan salam pengakap kepada semua pengunjung blog rasmi Pengakap Daerah Penampang. Seperti yang kita ketahui bahawa ICT adalah pemudah cara untuk kita berhubung dan berkongsi idea secara langsung. Perkongsian idea dan maklumat dapat dilakukan dengan cepat dan pantas serta tidak memerlukan kos yang banyak melalui sesawang ini.
   Saya selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Penampang amat bertuah kerana dapat menggunakan blog ini sebagai sumber untuk berkongsi maklumat dengan bantuan daripada penolong-penolong pesuruhjaya daerah (ADC). Selain daripada itu, saya berharap dengan adanya blog ini semua ahli pengakap dapat menggunakan sesawang ini sebagai sumber rujukan untuk menimba ilmu kepengakapan.
   Diharapkan pihak-pihak sekolah juga dapat melayari blog ini bagi mengikuti perkembangan pengakap di daerah penampang dan secara tidak langsung dapat melihat penglibatan anak murid sekolah masing-masing dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Penampang. Ibu bapa juga dialu-alukan untuk melayari blog ini untuk membolehkan mereka mengikuti perkembangan anak-anak mereka dalam aktiviti pengakap.
   Semoga Persatuan Pengakap Penampang sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan bagi mengelakkan mereka daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Semua ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama yang padu daripada pemimpin-pemimpin, ADC dan juga Kelana Laut C Kolopis, Penampang. Akhir sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi Blog kami ini.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

Razmeh Bin Rahman
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Penampang





3 comments: